Ahad, 2 Disember 2012

Beli Makanan & Pasir Kucing

Semalam Sabtu, saya belanja RM270 untuk meowmeow. Jom tengok.

Fit 32, 10kg. Ada bungkus kecil dalam 10kg. Mintak kedai tolong pack, lebih kurang 1kg each. Senang sedikit nak menguruskan makanan meowmeow.  Bulan lepas beli Blackwood tapi meowmeow macam tak suka. Tukar semula pada Fit 32.


Gambar diambil dari bonet kereta. Dalam bungkusan plastik merah ada pasir kucing. Beli 4 pack dari 2 jenama berlainan. Fussie Cat 2 pack & satu lagi Cat's Choice.


Ini dia Cat's Choice. Jarang pakai Cat's Choice sebab mahal. Selalunya dengan Fussie Cat. Cuba untuk kali ini sebab adik di kedai tu kata lebih jimat. 

Makanan cukup untuk sebulan tapi pasir tak. Tengah bulan nanti beli lagi pasir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.