Selasa, 18 Disember 2012

Antara Pulasan & Rambutan




Saya lebih suka pulasan, rasanya lebih enak. Hampir sama isinya dengan rambutan tapi kenapa ye namanya jauh berbeza? Ada terbaca di wikipedia, katanya biji buah pulasan lebih keras dari rambutan dan isinya agak kering & kasar jika dibandingkan dengan buah rambutan. 

Cari lagi kenapa nama pulasan, jumpa yang ni....nama buah pulasan asal dari perkataan Melayu iaitu 'pulas' sebab nak bukak kulit kena pulas guna tangan! Rambutan pun kena pulas gak tapi tak pulak di beri nama yang ada 'pulas'! Agaknya sebab kulit rambutan bulu panjang....datang dari perkataan 'rambut' kot! Mula la saya nak buat kesimpulan sendiri...ada persamaan apa...kedua-dua buah ini, hujangnya tambah 'an'.

Mmm...kedua-dua buah ni datang dari family yang sama tapi tak serupa...ala-ala kembar tak seiras la kan!  Terbaca kat web pertanian, cara nak tanam pun sama!

Sapa-sapa nak taman pokok ni boleh rujuk sini. 

http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=435:panduan-menanam-rambuatan&catid=68:manual-tanaman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.