Sabtu, 17 November 2012

Nak buat blog apa, ya ?







tengah fikir nih ! (gambar dari ipkitten.blogspot.com)

Orang ada Facebook, kita pun ada. Itu pun dah bertahun wujud baru saya buat. Orang buka twitter, kita pun nak tapi tak aktif langsung. Instagram datang....belum mau bukak lagi!

Dengar orang ada blog, kita pun nak tapi nak tulis pasal apa, ya? Masa mula buka blog, berangan nak dalam omputih, kononya 'international'. Dah ada idea untuk blog tu, kononnya nak fokus pada satu isu sahaja. Tapi lama kelamaan, rasa terikat pulak! Payah pulak nak membebel dalam omputih! Maka blog omputih saya jadinya kontot-kontot! Macam-macam isu ada! Ada juga info yang saya delete!

Sembang dengan kawan, perah semula otak. Kawan pun bagi idea.... 'ko kan bela kucing, ko pun membesar dengan kucing, cerita la pasai kucing, mesti banyak yang ko boleh share pasai kucing'! Menarik juga idea tu! Memang saya buat! Tapi lama kelamaan saya fikir semula, 'memang betul, aku bela kucing tapi aku bukan jenis yang tangan sentiasa dengan kamera / handphone untuk ambik gambar, aku bukan yang pakaikan kucing baju, bukan  yang mengikuti perkembangan kucing di serata alam, bukan jenis yang join kelab kucing, bukan juga yang kutip kucing tepi jalan, aku nak cerita pasai kucing yang pernah aku bela pun jadinya hanya tiga baris ayat, yang aku tahu 'like' gambar kucing kat Facebook, kalau ada gambar kucing yang menarik aku share kat Facebook aku dan upload gambar kucing aku'! 'Hanya kadang-kadang cari kat internet info kucing'!

Selepas fikir...timbang....tapis & seangkatan denganya, saya buat keputusan 'aku tulis jer apa yang aku nak'! Itu lebih baik, kan! Zaman sekarang kan orang berkawan dengan teknologi! Orang suka luahkan isi hati / kongsi info kat Facebook, Twitter & sebagainya. Saya menggunakan medium teknologi untuk buat apa yang saya suka! :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.