Isnin, 8 Oktober 2012

Pengalaman Menjaga Anak Kucing yang Ditinggalkan Ibu

Kisah kucing kesayangan saya bernama Tam bermula di sini...sekarang Tam telah pergi :'(

Tam dan dua lagi adik beradiknya saya ambil di tempat  kerja saya. Hanya Tam yang jantan. Mulanya saya  tak berminat nak pelihara kucing tetapi saya kesian. Saya tunggu juga kalau ibu si Tam kembali tapi tidak! Semasa saya jumpa Tam, matanya baru buka tanpa ibu di sisi. Saya terpaksa pindahkan Tam & adik beradiknya keluar dari bilik itu kerana bilik tersebut akan digunakan. Saya letak mereka dalam kotak di tepi pintu masuk ke bilik itu. Sambil itu, saya perhatikan juga kalau mak nya datang....tapi tak! Dah nama kucing, mana suka orang sentuh anaknya. Sejak itu, saya tak pernah tengok ibu si Tam!

Saya pindahkan pula kotak tersebut di kafe pejabat, dengan harapan ada orang yang akan beri mereka makan. Memang ada tapi saya dapat tahu dari rakan saya yang tuan punya kafe membebel 'sapa la yang letak kucing kat sini'! Dah...saya tak sampai hati! Saya ambil dan letak di dalam pejabat saya. Semasa saya pindahkan dari kafe mereka kelihatan kurus & kelaparan... ye lah lebih dari 3 hari (rasa menyesal sangat tinggalkan di kafe)!Saya beli susu Dutch Lady (full cream yang 250ml) dah letak dalam bekas...saya ingat mereka sudah tahu makan, saya salah. Saya gunakan straw untuk bagi susu kepada mereka. Dah bawa balik ke pejabat, bising pulak bunyi!

Pening fikir, saya telefon rakan serumah! Member tak kasi ambil. Dia cakap ambil seekor saja! Puas saya tanya,  kalau ada yang nak lagi 2 ekor, memang ada tapi hati saya berbelah bagi, mungkin ada rasa bersalah sebab saya yang jumpa, saya yang pindahkan ke dalam kotak, saya juga yang tinggalkan di kafe, saya tekad untuk bawa balik semuanya. Niat saya cuma satu, kalau ditakdirkan mereka mati sekurang-kurangnya saya telah buat yang terbaik untuk mereka.

Makanan mereka pada masa itu hanya susu Dutch Lady (full cream). Setiap pagi sebelum ke tempat kerja saya bagi susu. Saya tumbuk Whiskas (kitten) dan suap ke mulut mereka bertiga. Makanan yang telah saya tumbuk saya tinggalkan juga walaupun tahu mereka masih belum tahu makan dan minum. Balik dari kerja, perkara pertama yang saya buat adalah bagi mereka makan. Keadaan ini berterusan sehingga mereka tahu makan sendiri.

Saya juga tidak tahu di mana letaknya klinik haiwan & petshop. Tanya sana sini, cari di internet. Saya pergi ke klinik haiwan kerajaan sahaja pada waktu itu. Tujuan saya kalau klinik tersebut boleh memberi ubat / vitamin / suntikan sebab saya tahu, Tam dan adik beradiknya tidak mendapat sumber makanan yang baik. Bagi kucing yang berusia bawah 6 bulan klinik tersebut hanya memberi multivitamin.

Mungkin di sebabkan tidak mendapat sumber makanan yang baik, Tam mengidap sakit buah pinggang semasa berusia hampir 7 tahun. Saya tidak dapat mengesan sakit Tam awal kerana dia kelihatan sihat & cergas. Tam kelihatan lemah hanya 28 hari sebelum Tam pergi. Macam-macam yang saya ikhtiar tapi dah takdir, Tam pergi juga. 

Saya pantau kesihatan yang dua lagi sebab salah seekor pernah menggalami kesukaran membuang air kecil. Makanan kucing saya sekarang hanya Royal Canin (Fit 32) dan Blackwood.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.