Jumaat, 28 September 2012

Bila Mama MeowMeow Bertekad untuk Diet, boleh Percaya ka ?

Ini cerita pasai mama meowmeow pulak. Siapa lagi kalau bukan ku :-) Ubah angin sikit sebab saya tengah serabut otak :-(  Serabut memikirkan program....angan2...azam untuk mengurangkan berat badan yang tak pernah menjadi kenyataan :-(

Kagum mendengar cerita rakan yang berjaya menurunkan berat badan lebih dari 10kg dalam tempoh 4 bulan tanpa mengambil sebarang ubat diet. Banyak betul yang saya tanya....semangat, bertanya! Habis saja dia bercerita, saya bertekad nak berdiet....konon!

Saya tak tergolong dalam kategori gemuk tapi teringin nak ke five series balik :-) Sekarang dah six series.....tak mau touch seven series! Member-member yang dah lama tak tengok saya semua kata saya dah berisi! :'( Huhuhu....! Umur dah meningkat, senang berat naik! Terkenang masa dulu....makan lah apa saja, pada waktu apa sekali pun, tak kan memberi kesan pada berat badan....rupanya, kesannya sekarang :-(

Memandangkan perjalanan balik dari jumpa rakan tu mengambil masa hampir sejam......maka tekad dan semangat beransur-ansur hilang..... Mana lagi singgah di Kluang Station, pekena mee siam, seketul karipap & teh ais! Adoi...dinner tu! Tengahari nya pi makan kat restoran mamak, pekena nasi kandar! 

Mai tengok apa depa buat untuk kurus :-)

Jangan Makan Nasi
Jangan sentuh langsung nasi, mee, meehoon, pasta dan seangkatan dengannya!  Lunch ambil sayur (yang hijau saja) bersama ikan atau ayam, seketul sahaja, sebaiknya yang di rebus atau kukus. Sausage boleh 2 ketul saja sehari, jangan goreng ya! Telur rebus, 2 biji sehari tetapi jangan makan kuning telur.
 
Minum Susu
Kalau lapar, minum susu dan air kosong sahaja. Sebaiknya ambil susu low fat. Rakan saya, ambil susu ini sahaja. Saya? Seksanya nak habiskan sekotak...nak minum sehari sekali pun susah, seminggu sekali boleh la! Saya ada 5 kotak lagi, beli dah lama tapi tak habis-habis :-(


Jangan Makan & Minum Selepas Pukul 7 Malam
Macam mana lapar sekali pun jangan makan dan minum selepas pukul 7 malam. Kalau dah lapar sangat minum susu saja. Elak dari minum air pada waktu malam.

Hanya Boleh Makan Epal Hijau
Epal hijau sahaja, ya!

Amalkan Senaman
Sebaiknya setiap hari, sekurang-kurangnya 30 minit. Lebih lagi baik.

Makan Jangan Tak Makan
Kena ambil sarapan, makan tengahari & malam. Jangan sesekali skip meals. Menu sarapan & makan malam rakan saya di selang seli kan dengan telur rebus & sausage. Tak boring ka?

Tidur Secukupnya
Selewatnya 11 malam kena masuk tidur. 6 jam dah ok. So bangun la pukul 5 pagi untuk bersenam.

Nak menitis air mata dengan plan diet ni. Kenapa perlu seksa hidup untuk kurus! Saya suka makan, huhuhu... :'( Saya memang terkenal dikalangan rakan-rakan sebagai seorang yang suka makan!

Macam mana nak memotivasikan diri? Rakan saya kata, 'beli baju yang kita teringin nak pakai, size nya mesti lebih kecil dari size kita sekarang, lepas tu gantung kat dapur, so setiap kali masuk dapur, pandang jer baju tu, nak ambil makanan boleh tak jadi! Kena tanam dalam diri 'aku nak pakai baju tu bulan depan'. 

Nak seribu daya! Saya? Entah la....tapi dah cuba kurangkan makan. Isu sekarang ini saya tak boleh tinggalkan teh ais, kopi dan nasi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.