Isnin, 23 Julai 2012

Biskut Kucing

Makanan kucing ada yang dalam bentuk lembut dan biskut. Saya hanya beri makan biskut sebab ia mudah disediakan. Letak dalam bekas makanan, dah selesai. Kalau nak diberi yang lembut saja, besar juga budget, nak dicampurkan dengan nasi, saya pula jarang masak nasi di rumah. Dari sudut kebersihan, lambat sikit nak mengundang semut.

Di pasaraya kita biasa dengan jenama Friskies, Whiskas & Smart Heart. Kucing saya gemar perisa ayam.

Jenama ini, perisa ayam kegemaran kucing saya


Saya sudah berhenti memberi Jenama ini kepada kucing saya


Bagi jenama ini, kucing saya suka yang untuk kitten !

Saya mula berhenti membeli jenama yang ada di pasaraya apabila salah seekor kucing saya mengalami masalah kesukaran membuang air kecil. Saya bawa kucing saya untuk rawatan, doktor tanya, jenama ada yang saya beri. Ketika itu saya beri Smart Heart. Kucing saya memang suka Smart Heart (bila kucing dah suka saya beli itu saja). Doktor kata jenama itu banyak diletakkan perisa, mungkin kucing saya tak tahan.

Sejak itu saya mula kenal jenama lain yang hanya di jual di 'petshop'. Saya berhenti bagi Smart Heart. Friskies dan Whiskas pun saya kurangkan. Sekarang saya hanya beli jenama yang hanya dijual di 'petshop'.

Saya tiada masalah dengan jenama Friskies dan Whiskas tetapi lebih selesa membeli makanan yang di jual di 'petshop'. Kalau boleh dapat jenama lain yang kualitinya lebih baik dengan harga berpatutan, apa salahnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.