Ahad, 22 Julai 2012

Baka Kucing

Saya tidak mengenali banyak baka kucing sebab dibesarkan dengan kucing tempatan atau kampung sahaja.  Yang saya tahu hanya parsi, siam, 'british shorthair', 'birman' dan terkini  'norwegian forest cat'. Selain dari kucing kampung, baka lain yang pernah mama pelihara ialah siam & parsi.




Apa yang hendak saya kongsi ialah berkaitan 'Norwegian Forest Cat'. Baru-baru ini,  rakan saya telah 'upload' gambar ini di Facebook, inilah kali pertama saya lihat kucing baka ini ! Hai...ada juga kucing iklim sejuk di sini ! Baka ini berasal dari Norway (nama pun Norwegian Forest Cat' !) Kucing ini mempunyai bulu yang panjang di bawah leher. Kalau yang warna oren, sekali pandang macam singa :-). 

Saya masih tertanya-tanya, macam mana rakan saya boleh ada baka ini sedangkan mak dan bapa kucing ini tidak mempunyai bulu yang panjang di leher ! Rakan saya pun tiada jawapan.

2 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.