Isnin, 23 Julai 2012

Abah dan Kucing......3

Kucing yang tinggal di luar rumah selalunya teringin nak masuk ke dalam rumah. Bila Abah buka pintu ada yang nak masuk, apa lagi...dengar saja suara Abah yang macam singa, ada yang lari. Bagi yang tak faham juga, Abah ambil tongkat dan ketuk di lantai. Tindakan Abah yang paling keras,  selalunya berlaku bila Abah kurang sabar, ada yang kena tendang. Ada juga yang langsung tak boleh tengok muka Abah, takut betul diaorang.

Bukan saja kucing luar rumah, yang tinggal dalam rumah pun takut dengan Abah. Selalunya kalau bukan tongkat, Abah ajukan batang 'vacuum cleaner'. Apa lagi, lari diaorang, cari tempat persembunyian.

Kadang-kadang hairan juga, sebab sekian lamanya Abah tinggal dengan kucing, masih tak nampak tanda-tanda Abah sayang kucing. Mungkin Abah tak tunjuk yang Abah sayang kucing. Ingat lagi, bila Mama pergi makan angin, Mama pesan pada Abah untuk beri makan pada kucing. Mama selalu bagi dua kali sehari tapi bila Mama tak ada di rumah, Abah bagi makan sekali saja sehari. Ayat standard Abah....jangan bagitau Mama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.