Ahad, 22 Julai 2012

Abah dan Kucing......2

Cerita Abah dengan kucing lagi. Abah campak kucing, kena tiang rumah ! Puncanya, ketika Abah pulang dari kerja, ada dot dot dot kucing dalam rumah. Saya tahu kucing mana satu yang buat kerja tapi kucing lain yang Abah sambar ! Saya beritahu Abah bukan kucing itu yang membuang tapi Abah jawab, 'yang mana dekat Abah ambil' ! Apa lagi, kamu mengadu pada Mama.

Cerita Abah buang kucing pula begini. Suatu petang, Abah bersiap untuk pergi jogging. Abah buka pintu kereta, ada kucing yang masuk. Apa lagi Abah tutup pintu dan terus pergi. Sampai di pekan Abah buka pintu dan angkat keluar. Balik dari jogging Abah senyum saja dan mula buka cerita. Permulaan cerita, Abah cakap 'jangan bagitau Mama'. sambung Abah lagi, 'Abah buang kucing', 'dia yang ikut Abah masuk kereta' 'siapa suruh dia masuk' ? Kami pun tak bercerita pada Mama. Mama pun dok tercari-cari. Kesimpulan Mama dia hilang. Lama selepas kejadian, baru kami buka mulut. Apa lagi, bising Mama. Abah tetap dengan pendirian, 'kucing tu sendiri masuk dalam kereta' !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.