Ahad, 22 Julai 2012

Abah dan Kucing......1

Bila kali terakhir Abah belai kucing ? Tak ingat...sebab tak pernah tengok ! Abah kurang sikit dengan kucing. Kalau di lihat dari cara Abah......kesimpulannya, Abah tak suka kucing ! 

Peristiwa yang saya ingat berkaitan Abah dan  kucing ialah Abah baling kucing, Abah sepak kucing, Abah buang kucing dan Abah marah kucing ! Sebab itu kucing agak takut dengan Abah. Tetapi Abah pernah cakap yang semasa Abah bujang Abah pernah pelihara kucing. 

Abah pernah cerita yang datuknya pun tak suka kucing. Bunyi agak kejam ! Datuk Abah pernah parangkan kucing ! Ceritanya begini, ketika datuk Abah sedang memotong kayu, lalu seekor kucing, lalu dilemparnya parang ke arah kucing....rasa-rasa kena tak ? Memang kena.....mati kucing itu :'-( !

Abah pernah kata pada Mama, yang Abah nak kucing parsi. Mama buat tak tahu saja sebab Mama lebih suka kucing kampung. Kata Mama senang nak jaga.

Satu hari kawan Mama datang ke rumah, dia banyak bela kucing parsi. Abah pun buat-buat tanya, nak seekor. Lama kemudian baru kawan Mama bagi seekor. Kucing parsi ini namanya Catherina tapi kami panggil Catherine Zeta Jones ! Kucing ini punyalah garang ! Saya cakap dengan Mama, 'patut la tuannya kasi sebab garang' ! Abah yang nak, Mama yang jaga ! Lama juga Mama pelihara tetapi Catherina tak mesra langsung dengan sesiapa pun. Tak ada siapa berani pegang Catherina sebab silap hari dia cakar. Saya pernah kena, dalam lukanya. Tak pernah saya jumpa kucing segarang itu. Dengan kucing lain pun Catherina tak baik.

Selepas beberapa tahun bela Catherina, dia  mati. Punya kematian tidak diketahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.