Sabtu, 23 Januari 2016

Bila Nak Puasa Ni

Ada masanya samat rajin. Adakalanya hancur. Tahun ni, walaupun belum sebulan pergi, sudah berapa kali niat nak puasa tapi hancur. 

Susahnya nak istiqomah. Akanku perkuatkan azam & semangat.





Sabtu, 14 November 2015

Sekiranya Ku Lupa


Letak di blog ini supaya saya selalu ingat. Semoga ia juga bermanfaat kepada yang lain.

Tempat Persinggahan Sebelum.....



Moga gambar & ayat di atas mampu menginsafkan diri yang kerdil ini.

Usah menangis atas urusan dunia, menangislah atas urusan akhirat. Semoga dijemput setelah diampunkan segala dosa-dosa. Amin.
 

Khamis, 12 November 2015

Rasa Macam Nak Tutup Jer Blog Ni, Tapi....

Sudah lama tak update blog :(
Terfikir untuk tutup saja :)
Mmmm.....
Sayang pulak :(
Ok, kita gunakan untuk kebaikan :)
Semoga bermanfaat untuk semua :)



Jumaat, 8 Mei 2015

Sarapan Nostalgia

Masuk dapur, tiba-tiba terkenang makanan zaman kanak-kanak :)

Nak sarapan apa ya? Pecah dua biji telur, campur tomato yang dipotong dadu, garam & lada sulah....gaul semuanya. Opps! Masukkan juga susu segar...tak der pun tak per. Panaskan pan, masukkan mentega  kemudian tuang bendalah ni. Setengah masak, kacau telur ni dengan sudip sampai hancur lagu di gambar.

Masa kecik-kecik jarang sarapan melayu. Selalunya roti. Ada masanya dibuat seperti di atas. Tak der tomato pun jalan.

Saya suka masakan yang ringkas.


Daulat Tuanku

Mengambil berkat hari Jumaat, setinggi-tinggi tahniah di atas Pertabalan DYMM Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak yang ke 35. Sebagai anak Perak, saya berbangga.